• Main

About Us

Sejarah SK Bukit Beruang, Melaka


Our Background

SK Bukit Beruang telah ditubuhkan pada tahun 1907 dengan kira-kira 30 orang murid dan 3 orang guru termasuk seorang Guru Besar iaitu Encik Khatib Bin Said. Peringkat awal SK Bukit Beruang hanya mempunyai bangunan papan bermotifkan rumah Melayu Melaka dan berada dalam persekitaran perkampungan orang-orang melayu yang berpendapatan rendah hasil kerja sendiri.
Pada tahun 1994, sebuah bangunan tambahan Blok Cengal telah dibina bagi menampung peningkatan murid yang mencapai 1100 orang. Pada tahun 2009, SK Bukit Beruang sekali lagi telah menerima sebuah lagi bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang telah uzur.
Dalam tempoh meniti zaman ini, SK Bukit Beruang telah ditadbir seramai 20 orang guru besar dan SK Bukit Beruang telah menempa berbagai kejayaan dan antaranya adalah Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Tahun 2000 bagi Kategori Sekolah Rendah. SK Bukit Beruang terus tegak berdiri menjana fikir, menampil diri, memantapkan ICT, merealisasikan Sekolah Perkasa, cita-cita ke arah Sekolah Bestari terus digarap dan disusuli dengan keikhlasan dan kesedaran terhadap tanggung jawab mendidik generasi masa depan.
Matlamat untuk terus meletakkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang akan terlaksana dan akan dilestarikan dengan kemantapan organisasi dan komitmen sepenuhnya daripada seluruh warga SK Bukit Beruang.

MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

OBJEKTIF SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang dapat melahirkan murid yang:

Beragama serta patuh kepada Tuhan
Bertanggung jawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Berakhlak mulia, berilmu, berkemahiran dan berketrampilan
Sentiasa berdaya saing
Cintakan ilmu


MISI
Memberi pendidikan yang berkualiti secara adil kepada murid bagi melahirkan warga yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

VISI
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang menjadi sekolah cemerlang Negeri Melaka menjelang 2010.

PIAGAM
Kami dengan sedaya upaya akan berusaha membantu pelanggan kami dengan saksama dan terbaik melalui sikap dan perkhidmatan berdasarkan prinsip 8K :

Keredhaan kepada Allah
Keikhlasan tanpa pilih kasih
Kreatif dan sepasukan
Khidmat berkualiti dan berterusan
Kurangkan permasalahan
Ke arah sekolah berteknologi maklumat
Kesediaan menerima teguran
Ketakwaan kepada Allah

MOTO

"ILMU NILAI HIDUP"

Merangkumi tiga unsur penting. Ilmu, Nilai dan Hidup yang merupakan aspirasi sekolah dalam mencapai matlamatnya iaitu melahirkan generasi murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bersahsiah tinggi serta memberi perkhidmatan yang cekap dan tepat.


SLOGAN

S - Sentiasa
K - Komited
B - Berdedikasi
B - Berkualiti


Follow Us

SK Bukit Beruang
Km 7.2,
Bukit Beruang,
75450,

Phone : +6062321494