
PERTANDINGAN KOKURIA SENAMROBIK PERINGKAT NEGERI
Tarikh: 5/8/2025 (Selasa)
Masa: 10:00am hingga 3:30pm
Tempat: The Shore
Pencapaian:
1. Johan
2. Koreografi Terbaik
Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Guru Besar, En. Muhammad Saufe, Pn Norazlina, Cik Chuah dan Ustazah Aida bersama para pelajar Bear Titans yang berdedikasi kerana sekali lagi berjaya merangkul gelaran Johan dalam Pertandingan Aerobik Kokuria Peringkat Negeri.
Kejayaan yang membanggakan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta pengorbanan yang bermakna.
Setulus penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SiBer atas sokongan dan galakan yang berterusan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa Bear Titans atas kepercayaan dan komitmen mereka.
Semoga SiBer terus unggul dan menjadi inspirasi kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang, InshaAllah.