???? HEBAHAN UNIT DISIPLIN SiBer SK BUKIT BERUANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan/Puan ibu bapa serta murid yang dikasihi,
Mohon luangkan sedikit masa untuk membaca poster hebahan yang disertakan. Gejala buli semakin membimbangkan dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti buli lisan, buli fizikal, buli sosial/mental dan buli siber.
???? Marilah kita bersama-sama:
* Mendidik anak-anak agar menghormati dan menyayangi rakan.
* Memantau tingkah laku serta aktiviti anak-anak, termasuk penggunaan media sosial.
* Menjadi individu yang berani menolak budaya buli dan segera melaporkan kepada guru atau pihak sekolah sekiranya mengetahui atau menjadi mangsa buli.
Ingatlah, satu kata-kata yang baik mampu membina, tetapi satu perbuatan buli boleh meninggalkan kesan seumur hidup.
Sekolah Selamat, Murid Hebat, Masa Depan Cemerlang.
#KamiBenciBuli
Pesanan daripada:
Unit Disiplin SiBer
SK Bukit Beruang ????????