MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA MURID
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa murid PPKI yang mempunyai abang atau kakak di PPKI dibenarkan untuk terus pulang bersama abang atau kakaknya sebaik sahaja sesi persekolahan PPKI tamat.
Pihak sekolah ingin menegaskan bahawa semua murid hendaklah terus pulang selepas tamat waktu persekolahan. Murid tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah atau berlegar di laluan belakang sekolah, termasuk keluar membeli makanan di luar kawasan sekolah tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Arahan ini dikeluarkan bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin serta memudahkan pihak sekolah mengawal pergerakan murid selepas waktu persekolahan.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dimohon memberikan kerjasama sepenuhnya dengan memastikan anak-anak dijemput atau pulang terus sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Sebarang kejadian yang berlaku akibat kegagalan mematuhi arahan ini adalah di luar tanggungjawab pihak sekolah.
Kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa/penjaga dalam memastikan keselamatan anak-anak amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.