HEBAHAN TAWARAN SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang ( MBA 2013)
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa SK BUKIT BERUANG membuka tawaran sebut harga bagi pengurusan kantin sekolah untuk tempoh:
???? 1 Disember 2026 hingga 30 November 2028
⏳ Tempoh: 2 tahun
???? Tarikh tutup penghantaran dokumen:
30 September 2026 (Rabu), jam 12 tengahari
???? Dokumen sebut harga hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dan ditandakan “SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri.
????Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wangpos/cek/draf bank atas nama “SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG”. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan tidak dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya.
Borang serta dokumen berkaitan boleh didapati di Pejabat SK Bukit Beruang mulai 1 September 2026 hingga 29 September 2026 pada waktu pejabat.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak yang berminat amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang