• Main
  • News

????✨ LAWATAN LITERASI MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN KERJAYA MURID KE SHAH ALAM ✨????

Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Literasi Maklumat dan Pendidikan Kerjaya Murid ke Shah Alam pada 12 September 2026 (Sabtu).

Pelbagai pengalaman dan ilmu baharu telah diperoleh murid sepanjang lawatan ini, antaranya meneroka seni khat dan percetakan Al-Quran di Yayasan Restu, menghayati keindahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, serta menikmati pengalaman Shah Alam Cruise ????????????

Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk belajar di luar bilik darjah, malah membantu mereka mengenali dunia literasi, budaya, kerjaya dan sumber ilmu dengan lebih dekat. ????✨

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna serta mencetuskan minat murid untuk terus membaca, meneroka dan belajar sepanjang hayat. ????????

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru, murid serta pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. ????????

“Membaca Membina Minda, Meneroka Membuka Dunia.” ????????


About Us

Read More