PROGRAM NUR MUSLEH HADIS 40 IMAM NAWAWI
HADIS 32(Menghindari Mudarat)
ULASAN
Perkara yang tidak bermanfaat boleh dianggap sebagai mudarat secara undang-undang manusia atau ketetapan Tuhan(Syariat). Perkara ini juga bukan sahaja terpakai untuk diri sendiri, malahan untuk orang lain juga. Mudarat pada diri sendiri atau orang lain akan menanggung azab di Akhirat.
PENGAJARAN
1. Dalam Islam tiada kemudaratan atau kesusahan kerana larangan agama menghindarkan daripada mudarat dan suruhan agama membawa manfaat kepada manusia.
2. Orang zalim muflis di akhirat kerana menzalimi orang lain. Sekiranya pahalanya telah habis menjadi ganti untuk orang yang dizalimi, maka dosa orang yang dizalimi akan berpindah kepadanya dan dia akan dicampak ke dalam neraka sebagai balasan atas dosa yang dipikulnya.
3. Berusahalah untuk mencegah mudarat daripada berlaku juga menghindarinya.
4. Bersifat belas ihsan pada makhluk lain juga sangat dituntut.
Panitia Pendidikan Islam
SK Bukit Beruang