???? PROGRAM PASCA UASA 2026
???? KARNIVAL KITA SKBB – MODUL 1, 2, 3 & 4
???? Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
???? Anjuran: Unit Kokurikulum SKBB
Program Karnival Kita SKBB telah diadakan dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada murid, antaranya:
???? Modul 1: Pertolongan Kecemasan
???? Modul 2: Seni Pertahankan Diri – Seni Silat
????️ Modul 3: Ikhtiar Hidup – Beg Ikhtiar Hidup, Ikatan Asas dan Pembinaan Pondok Mini
????️ Modul 4: Hak Asasi Kanak-kanak – Ceramah daripada pihak IPD
Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran kendiri, disiplin dan kesedaran murid tentang keselamatan serta kehidupan seharian.
???? Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama dan menyertai setiap aktiviti dengan penuh semangat dan kesungguhan.
✨ Belajar, mencuba dan membina pengalaman bermakna di luar bilik darjah!
#KarnivalKitaSKBB
#UnitKokurikulumSKBB
#SKBukitBeruang