• Main
  • News

???? TAHNIAH PASUKAN NASYID SHOUTUL AULAD! ????

Setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Nasyid Shoutul Aulad SK Bukit Beruang atas kejayaan dalam Pertandingan Nasyid SAGUHATI 2, Kategori Sekolah Rendah, sempena Karnival Membaca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026. ????

Ucapan penghargaan dan terima kasih khusus buat guru pembimbing, Ustazah Nur Zuhailah binti Muhd Roslan, Ustazah Aida Syafiza binti Abdul Latif dan Ustazah Nuraina binti Azhar, serta semua pihak yang terlibat atas segala usaha, bimbingan dan komitmen yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah.

Syabas dan tahniah! Kami bangga dengan anda! ????

#SKBukitBeruang #ShoutulAulad #KebanggaanSekolah