• Main
  • News

Bacaan Yasin Dan Program Ihya' Ramadhan 1446h Peringkat

Bacaan Yasin Dan Program Ihya' Ramadhan 1446h Peringkat

Bacaan Yasin dan Program Ihya' Ramadhan 1446H Peringkat SKBB 2025 ????✨

Tarikh : 28/2/2025
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Adiputra
Brosur : https://shorturl.at/0MlIX

Sempena menyambut ketibaan bulan mulia Ramadan , Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Program Ihya' Ramadan sepanjang bulan yang mubarak ini.

Objektif Program Ihya' Ramadan ini diadakan agar dapat membersihkan jiwa dan diri dari sebarang perkara yang keji dan mungkar, di samping menahan diri dari hawa nafsu. Selain itu, bulan Ramadhan menggalakkan seseorang melakukan banyak amal kebajikan.

Firman Allah SWT, dalam Surah al-Baqarah, ayat 183:

{ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }

Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.