• Main
  • News

Bengkel Pengurusan Perpustakaan Di Perpustam Sempena Jom Baca

Bengkel Pengurusan Perpustakaan Di Perpustam Sempena Jom Baca

BENGKEL PENGURUSAN PERPUSTAKAAN DI PERPUSTAM sempena JOM BACA 10 minit
Hari : Rabu
Tarikh : 23.4.2025
Masa : 8.00 pagi

Pautan brosur : https://www.canva.com/design/DAGlRbWJ6co/bDX072eX9LThISSvACNJqQ/view?utm_content=DAGlRbWJ6co&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=uniquelinks&utlId=h9dd601efdc

Seramai 40 orang murid SK Bukit Beruang telah dijemput untuk menghadiri bengkel pengurusan perpustakaan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai pengurusan perpustakaan secara sistematik dan efisien.

Taklimat bengkel telah disampaikan oleh pegawai berpengalaman iaitu Puan Suraya Hanim binti Abdul Azis bersama pasukannya. Antara pengisian utama dalam bengkel ini termasuklah pengurusan asas perpustakaan, serta pengkelasan dan pengkatalogan bahan perpustakaan. Aktiviti-aktiviti ini telah memberikan gambaran jelas kepada pelajar tentang peranan perpustakaan dan bagaimana bahan-bahan bacaan diuruskan dengan sistematik.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka atas jemputan dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.