• Main
  • News

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Kepada:
Semua ibu bapa/penjaga
Murid SK Bukit Beruang

SISTEM LALULINTAS WAKTU AWAL PAGI & WAKTU BALIK SK BUKIT BERUANG
(Bermula 18/8/2025 Isnin depan)

Rujuk surat dikeluarkan pihak sekolah & panduan sistem Lalulintas Waktu Awal Pagi & Waktu Balik.

Berdasarkan usul Mesyuarat Agung PIBG lepas, pihak PIBG & sekolah telah merangka sistem tersebut untuk sama-sama kita patuhi bagi mengatasi isu berikut:

1. Keselamatan murid.
2. Kesesakan waktu pagi & balik.
3. Kesesakan waktu balik depan pintu pagar (risiko kecemasan).

Pihak PIBG & sekolah mengharapkan kerjasama & sokongan semua ibu bapa/ penjaga bagi kita sama-sama menjayakan sistem ini bagi menangani isu tersebut, paling tindak pun mengurangkan risiko isu ini yang sentiasa diusulkan dalam Mesyuarat Agung PIBG.

Pihak sekolah sangat hargai segala sokongan tuan puan. Semoga manfaat untuk anak-anak dan kita semua. InshaAllah.

SiBer: SINERGI BERINOVATIF
Terima kasih.
YDP PIBG
SK Bukit Beruang