????⚽ TAHNIAH ASYRAF DAN THAQIF! ⚽????
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Asyraf Danial bin Mohd Hairul Anuar & Thaqif Aryan B. Nurkhairi kerana terpilih mewakili Melaka FA Bawah 12 Tahun (U12) dalam Liga Bolasepak Remaja Kebangsaan NFDP/FAM 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan hasil daripada usaha gigih, disiplin, komitmen serta semangat yang tinggi dalam bidang sukan bola sepak.
Semoga Asyraf dan Thaqif terus cemerlang, menunjukkan prestasi terbaik sepanjang kejohanan dan mengharumkan nama sekolah, keluarga serta negeri Melaka di pentas kebangsaan.
✨Berani Bermain, Berani Menang✨
#TahniahAsyrafdanThaqif #MelakaFAU12
#BeraniBermainBeraniMenang
#LigaRemajaKebangsaan2026
#KebanggaanSekolah #AnakMelaka #SKBukitBeruang
????⚽ Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. ⚽????