• Main
  • News

???? HEBAHAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
ISU KELEWATAN MURID HADIR KE SEKOLAH SECARA BERULANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pihak sekolah ingin memohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah tepat pada waktunya setiap hari.

Kelewatan hadir ke sekolah secara berulang merupakan salah laku disiplin yang boleh menjejaskan pembelajaran, membentuk tabiat negatif serta berisiko membawa kepada isu ponteng sekolah.

???? Makluman Penting

* Kehadiran dan kelewatan murid direkodkan setiap hari mengikut ketetapan KPM.
* Sekolah akan melaksanakan tindakan berfasa terhadap kes kelewatan berulang seperti:
✅ Surat peringatan/amaran.
✅ Panggilan ibu bapa ke sekolah.
✅ Sesi kaunseling dan akur janji.
✅ Tindakan lanjut mengikut peruntukan KPM dan undang-undang sekiranya tiada perubahan.

???? Rujukan KPM

* SPI Bil. 1/2019 – Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid.
* SPI Bil. 7/2011 – SOP Pengurusan Isu Disiplin Murid.
* Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) – Pendidikan rendah adalah wajib dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak hadir ke sekolah.

???? Kerjasama Ibu Bapa Sangat Diharapkan
✔️ Pastikan anak bangun dan bersiap lebih awal.
✔️ Rancang perjalanan bagi mengelakkan kelewatan.
✔️ Maklumkan kepada pihak sekolah sekiranya berlaku kecemasan atau masalah yang menyebabkan kelewatan.
✔️ Bekerjasama dengan pihak sekolah sekiranya anak dikenal pasti sebagai murid lewat berulang.

“Disiplin bermula dengan menepati masa. Kehadiran awal membentuk sahsiah cemerlang dan menjamin kejayaan anak-anak.”

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SiBER
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang