• Main
  • News

???? MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHAP 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Pihak sekolah ingin memohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga agar mengambil anak-anak tepat pada waktu tamat persekolahan.

Makluman ini dikeluarkan berikutan beberapa laporan yang diterima, antaranya:

???? Terdapat murid Tahap 1 yang masih berlegar, bermain dan berada di kawasan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan tanpa pengawasan, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan dan keselamatan.

???? Terdapat murid yang telah keluar dari pagar sekolah membeli makanan dan minuman di premis luar, kemudian kembali semula ke kawasan sekolah untuk makan dan minum. Kebanyakan makanan yang dibeli adalah makanan kurang berkhasiat serta bahan makanan yang tidak dibenarkan di sekolah. Keadaan ini juga boleh menimbulkan salah faham seolah-olah pihak sekolah menjual makanan tersebut, selain mendedahkan murid kepada risiko keselamatan jalan raya ketika melintas jalan.

???? Pihak sekolah turut menerima aduan berhubung perbuatan bermain di kawasan sekolah sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan serta vandalisme terhadap kemudahan sekolah.

???? Murid Tahap 1 yang lewat pulang juga didapati mengganggu pergerakan murid Tahap 2 ketika waktu tamat persekolahan, khususnya di laluan tangga dan koridor pejalan kaki.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar:
✅ Menjemput anak tepat pada waktu tamat persekolahan.
✅ Memastikan anak terus pulang dan tidak berada di kawasan sekolah selepas tamat sesi persekolahan.
✅ Mengingatkan anak supaya tidak membeli makanan di luar pagar sekolah sebelum pulang ke rumah.
✅ Memberikan kerjasama sepenuhnya demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua murid.

Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama.
Segala kerjasama dan keprihatinan daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SiBER
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang